Khamis, 29 April 2010

Letih tetapi menyeronokan

Lama aku tidak menjenguk blog ni...bukan tiada masa tetapi kesibukkan terus melanda diriku. Kerja sekolah terlalu banyak, mesyuarat boleh dikatakan ada saja yang kadang-kadang berlanjutan sehingga pukul 4 ptg. Balik ke rumah badan terlalu letih, penat dan bebeberapa kali aku hampir demam. Mungkin kerana usiaku yang semakin meningkat, aku tidak segagah dulu, tapi aku puas dengan apa yang aku lakukan...Mudah-mudahan apa yang aku lakukan akan diberkati Allah...Amin...

Ahad, 24 Januari 2010

Terlalu sibuk

Seminggu bekerja tujuh hari di sekolah amat memenatkan. Tak pelah demi anak-anak bangsaku, aku redha semua tu. Mudah-mudahan sumbangan tenaga yang ku beri Allah berkati jua...Amin

Rabu, 20 Januari 2010

Satu Permulaan

Tahun 2010 merupakan tahun yang sgt sibuk buatku. Kerja tak habis-habis di tempat kerja. Siap satu kerja datang lagi satu kerja, stress aku dibuatnya.
Ya Allah kuatkan semangat hambamu ini